Basic table file of fcitx to write Jawi on Linux.
Fail jadual asas fcitx untuk menulis Jawi di Linux.
Fcitx (read phy.teeks) is an input method framework that currently supports Linux and Unix systems. It allows people to write in many languages with its three major engine system namely Pinyin-, QuWei- and Table-based input methods. It also includes support for existing Linux keyboards so you can use them directly without needing to switch to different input method.
Fcitx (baca sebagai fai.tiks) ialah rangka kerja kaedah input yang menyokong sistem Linux dan Unix pada ketika ini. Ia membolehkan orang ramai untuk menulis dalam pelbagai bahasa dengan tiga sistem enjin utamanya iaitu kaedah input berasaskan Pinyin, QuWei dan Jadual. Ia juga sertakan sokongan papan kekunci Linux sedia ada jadi anda boleh gunakannya secara terus tanpa perlu menukar ke kaedah input berlainan.
Fcitx --> https://fcitx-im.org
English
- Download the latest release zip file.
- Extract all of the files from the zip and put it somewhere temporarily.
- Move the two files
jawi.conf
andjawi.mb
into this directory:~/.config/fcitx/table/
.
- If the directory does not exist, create it.
- Move the file
jawi.png
into this directory:~/.config/fcitx/imicon/
.
- If the directory does not exist, create it.
- Reload your fcitx instance (exact steps depend on your system).
- Choose
Malay (Jawi)
fromInput Method
in fcitx menu (or use the keyboard shortcut to change input method). - Start writing Malay in Jawi.
Bahasa Melayu (Rumi)
- Muat turun fail zip terbitan terbaharu.
- Sarikan kesemua fail daripada fail zip tersebut dan letak dahulu di mana-mana tempat buat sementara waktu.
- Pindahkan dua fail iaitu
jawi.conf
danjawi.mb
ke dalam direktori ini:~/.config/fcitx/table/
.
- Jika direktori tersebut tidak wujud, ciptakannya.
- Pindahkan fail
jawi.png
ke dalam direktori ini:~/.config/fcitx/imicon/
.
- Jika direktori tersebut tidak wujud, ciptakannya.
- Muat semula tika fcitx anda (langkah sebenar bergantung kepada sistem anda).
- Pilih
Malay (Jawi)
daripada menuInput Method
dalam fcitx (atau gunakan pintasan papan kekunci untuk mengubah kaedah input). - Mula menulis dalam tulisan Jawi.
بهاس ملاي (جاوي)
- موات تورون فاٴيل زيڤ تربيتن تربهارو.
- ساريکن کسموا فاٴيل درڤد فاٴيل زيڤ ترسبوت دان لتق دهولو دمان-مان تمڤت بوات سمنتارا وقتو.
- ڤيندهکن دوا فاٴيل ياٴيت
jawi.conf
دانjawi.mb
کدالم ديريکتوري اين:~/.config/fcitx/table/
.- جک ديريکتوري ترسبوت تيدق وجود⹁ چيڤتاکنڽ.
- ڤيندهکن فاٴيل
jawi.png
کدالم ديريکتوري اين:~/.config/fcitx/imicon/
.- جک ديريکتوري ترسبوت تيدق وجود⹁ چيڤتاکنڽ.
- موات سمولا تيک fcitx اندا (لڠکه سبنر برݢنتوڠ کڤد سيستم اندا).
- ڤيليه
Malay (Jawi)
درڤد مينوInput Method
دالم fcitx (اتاو ݢوناکن ڤينتسن ڤاڤن ککونچي اونتوق مڠوبه قاعده اينڤوت). - مولا منوليس دالم توليسن جاوي.
On some system, it may not appear automatically even after reloading fcitx instance. Follow these steps to make it appear manually.
- Open fcitx input method configuration menu (exact steps depend on your system).
- From the
Input Method
tab, click on the plus button+
at bottom-left corner to bring upAdd input method
dialog. - Uncheck the option
Only Show Current Language
. - Search for
jawi
in the search box, or scroll through the list and look forMalay (Jawi)
(searching forMalay
would not work because it actually search based on internal name). - Click on
Malay (Jawi)
and clickOK
. - Close the configuration window.
- You should now see
Malay (Jawi)
underInput Method
in fcitx menu.
Pada sesetengah sistem, ia mungkin tidak muncul secara automatik walaupun setelah memuat semula tika. Ikuti langkah ini untuk membuatkannya muncul secara manual.
- Buka menu konfigurasi kaedah input fcitx (langkah sebenar bergantung kepada sistem anda).
- Daripada tab
Input Method
, klik pada butang campur+
di hujung bawah-kiri untuk membuka dialogAdd input method
. - Buang tanda pada pilihan
Only Show Current Language
. - Tuliskan
jawi
di kotak carian, atau tatal senarai dan cari sendiriMalay (Jawi)
(Kalau tulisMalay
tidak akan jumpa kerana ia cari berdasarkan nama dalaman). - Klik pada
Malay (Jawi)
dan klikOK
. - Tutup tetingkap konfigurasi.
- Kini anda patut nampak
Malay (Jawi)
bawah menuInput Method
di fcitx.
ڤد سستڠه سيستم⹁ اي موڠکين تيدق مونچول سچارا اٴوتوماتيک والاوڤون ستله مموات سمولا تيک. ايکوتي لڠکه اين اونتوق ممبواتکنڽ مونچول سچارا مانوال.
- بوک مينو کونفيݢوراسي قاعده اينڤوت fcitx (لڠکه سبنر برݢنتوڠ کڤد سيستم اندا).
- درڤد تب
Input Method
⹁ کليک ڤد بوتڠ چمڤور+
دهوجوڠ باوه-کيري اونتوق ممبوک ديالوݢAdd input method
. - بواڠ تندا ڤد ڤيليهن
Only Show Current Language
. - توليسکن
jawi
دکوتق چارين⹁ اتاو تاتل سناراي دان چاري سنديريMalay (Jawi)
(کالاو توليسMalay
تيدق اکن جومڤا کران اي چاري برداسرکن نام دالمن). - کليک ڤد
Malay (Jawi)
دان کليکOK
. - توتوڤ تتيڠکڤ کونفيݢوراسي.
- کيني اندا ڤاتوت نمڤق
Malay (Jawi)
باوه مينوInput Method
دfcitx.
Please see if your problem is part of any issue in the repository. If none exist for your problem, create a new issue.
Sila periksa sama ada masalah anda itu sebahagian daripada mana-mana isu sedia ada dalam repositori ataupun tidak. Jika tiada, cipta isu baharu.
سيلا ڤريقسا سام اد مسئله اندا ايت سبهاݢين درڤد مان٢ ايسو سديا اد دالم ريڤوسيتوري اتاوڤون تيدق. جک تياد⹁ چيڤتا ايسو بهارو.
Since the files are based off fcitx-table-other
which are licensed under GPLv3+, the package here would also forced to be licensed under the same license. So, these are GPLv3+. However, do note that the source table file src/jawi.txt
is actually licensed under LGPL-2.1+ because the file that I use as source, tables/other/compose.txt
in fcitx-table-other
had a header attached saying it is licensed under LGPL-2.1+.
Memandangkan fail di sini dicipta berdasarkan fcitx-table-other
yang dilesenkan bawah GPLv3+, maka pakej di sini juga terpaksa dilesenkan bawah lesen yang sama. Oleh itu, fail di sini dilesenkan bawah GPLv3+. Namun begitu, fail jadual sumber src/jawi.txt
sebenarnya dilesenkan bawah LGPL-2.1+ kerana fail yang saya guna sebagai sumber, tables/other/compose.txt
di fcitx-table-other
mempunyai pengepala yang menyatakan ia dilesenkan bawah LGPL-2.1+.
ممندڠکن فاٴيل دسيني دچيڤتا برداسرکن fcitx-table-other
يڠ دليسينکن باوه GPLv3+⹁ ماک ڤاکيج دسيني جوݢ ترڤقسا دليسينکن باوه ليسين يڠ سام. اوليه ايت⹁ فاٴيل دسيني دليسينکن باوه GPLv3+. نامون بݢيتو⹁ فاٴيل جدوال سومبر src/jawi.txt
سبنرڽ دليسينکن باوه LGPL-2.1+ کران فاٴيل يڠ ساي ݢونا سباݢاي سومبر⹁ tables/other/compose.txt
دfcitx-table-other
ممڤوڽاٴي ڤڠڤال يڠ مڽاتکن اي دليسينکن باوه LGPL-2.1+.